motorsports @ PETRONAS
Events & Features 4 Wheels 2 Wheels Talent Race Calendar About PETMOS       Print Bookmark
 
 
Domestic - People

CP06: Zamri - Saya akan buat macam biasa dan "go all out"!

Share |


Temubual dengan Md Zamri Baba
PETRONAS Sprinta Ah Hong Racing Team
Juara Novis - Kejuaraan Cub Prix PETRONAS Sprinta AAM Malaysia 2006
Oktober 2006
(English version)

Zamri - Saya akan buat macam biasa dan "go all out"!

Dengan keputusannya menduduki tempat kedua di litar Kluang, Johor bulan lepas, Md Zamri Baba dari pasukan PETRONAS Sprinta Ah Hong Racing telah berjaya memenangi gelaran Juara keseluruhan kategori Novis dengan berbaki dua lagi pusingan. Digandingkan kemenangan bergaya dan tunggangan konsisten pada setiap pusingan memastikan penguasaan beliau di dalam kategori novis pada kejohanan cub prix PETRONAS Sprinta AAM Malaysia.

Pencapaiannya termasuk empat kemenangan dan tiga lagi keputusan yang melihat beliau naik podium, anak kelahiran negeri Selangor ini telah mendominasi kategori musim ini untuk ditabalkan Juara Novis. Dalam temubual eksklusif bersama kami, Zamri berkongsi pendapat tentang musim ini.

S: Secara teknikal, ini adalah pasukan yang telah berubah imej untuk tahun ini, bagaimana anda menangani perubahan ini?
MZB: Pertukaran imej ini tidaklah menjadi masalah yang besar kepada saya, kerana pasukan ini adalah pasukan yang sama, cuma berubah imej. Namum begitu, saya gembira dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada kejayaan pasukan ini.


S: Dengan perubahan dalam format perlumbaan tahun ini, adakah anda terfikir untuk memenangi kejuaraan novis tahun ini? Bagaimanakah perasaan anda setelah ditabalkan Juara Novis?
MZB: Sebenarnya, saya telah meletakkan kemenangan kejuaraan kategori Novis sebagai sasaran saya pada tahun lepas dengan hasrat memenangi kejuaraan berturut - 2004 Juara kategori Wira dan 2005 Juara Novis. Tetapi  saya tidak dapat mencapai sasaran tersebut, jadi impian saya menjadi Juara Novis memang menjadi fokus dan matlamat utama saya tahun ini.

Saya merasa gembira dengan kemenangan ini, lebih-lebih lagi kerana kejuaraan ini masih berbaki dua pusingan dan saya sudah boleh senyum selebar-lebarnya!! Namun begitu, saya tetap akan memberi saingan yang hebat untuk baki dua pusingan ini. Saya tidak percaya dengan mengambil sikap sambil-lewa kerana itu adalah satu sikap yang negatif, jadi saya akan buat macam biasa dan “go all out!”

S: Sepanjang musim ini anda dilihat mendominasi kategori. Tetapi dapat dilihat pada pertengahan musim, persaingan dari pelumba lain mula menjadi lebih sengit. Bagaimanakah anda terus mengekalkan tumpuan anda?
MZB: Pada pendapat saya, kebanyakan pelumba dalam kategori Novis tahun ini telah meningkat dari kategori Wira EPG tahun lepas. Bagi saya, setiap pelumba memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan motosikal dan suasana yang berbeza apabila bertukar kategori. Mungkin disebabkan pengalaman saya setahun dalam kategori Novis tahun lepas, saya merasa lebih selesa dan lebih yakin dengan peluang saya. Pada pertengahan musim ini, kebanyakan pelumba telah mula mendapat rentak dan mula memberi saingan yang lebih hebat. Dalam menghadapi saingan ini, pada saya apa yang penting adalah fokus terhadap matlamat saya.

S: Apakah cabaran terbesar anda musim ini?
Bagi saya, cabaran terbesar saya musim ini adalah mencapai matlamat untuk memberi keputusan yang terbaik dan seterusnya memenangi kejuaraan Novis untuk pasukan dan penaja.

S: Perlumbaan yang manakah paling tidak dapat dilupakan bagi anda?
MZB: Secaranya keseluruhan, musim ini merupakan musim yang tidak dapat dilupakan kerana dapat mencapai matlamat untuk memenangi kejuaraan ini!

Dari segi perlumbaan, pusingan di Kuantan merupakan perlumbaan yang paling istimewa. Setelah tiga tahun mencuba, saya gagal menamatkan perlumbaan akibat kemalangan dan sentiasa menghabiskan menghabiskan masa saya di hospital Kuantan! Musim ini saya telah berjaya mengatasi dan meraih kemenangan yang pertama di litar Kuantan!

S: Bagaimanakah anda mula menceburi bidang perlumbaan motosikal?
MZB: Ianya bermula dengan angan-angan! Selepas itu, saya mula mengikut rakan saya yang lebih tua dan ketika di tingkatan dua atau tiga, mereka mula berlumba di litar Batu Tiga. Lama-kelamaan, angan-angan itu berubah menjadi minat, dan mereka telah memberikan peluang untuk mencuba dan telah memberikan tunjuk ajar. Di situlah minat saya menjadi serius.

S: Kenapa pilih untuk berlumba motosikal?
MZB: Berbanding sukan permotoran yang lain, saya lebih minat berlumba motosikal kerana ia merupakan sukan yang lasak dan lebih mencabar.

S: Dimanakan anda melihat diri anda pada masa hadapan? Apakah cita-cita anda?
MZB: Saya berhasrat untuk terus memberikan yang terbaik untuk perlumbaan dan musim yang akan datang. Saya berharap untuk diberikan peluang untuk menunggang motosikal yang berkuasa tinggi dan menjadi seperti pelumba-pelumba PETRONAS yang telah berjaya mengharumkan nama pasukan dan Negara di peringkat antarabangsa.

S: Apakah nasihat anda kepada pemuda-pemuda yang ingin menceburi arena perlumbaan?
MZB: Kepada sesiapa yang ingin menceburi sukan permotoran, tak kisah samada perlumbaan kereta atau motosikal, saya ingin menasihatkan supaya mencari landasan yang betul dan selamat untuk merealisasikan cita-cita anda.

Read the English Version of this article

BACK




 
latest news

 
DTM: Rd 3 - 2012 Deutsch Tourenwagen Masters, Brands Hatch: Preview
 
The 2012 Deutsch Tourenwagen Masters returns to the United Kingdown with the third round of the championship taking place at the Brands Hatch circuit this weekend.
   


 
GBF3: News - Jazeman Jaafar Adds More Racing To His Calendar and Prepares For Brands Hatch This Weekend
 
Jazeman Jaafar has added four extra race weekends to his racing campaign for this year, contesting selected rounds of the FIA European F3 Championship to broaden his racing experience. The first of the four race meetings will be Brands Hatch, UK this coming weekend, with Red Bull Ring, Austria; Nurburgring, Germany and Zandvoort, Netherlands the other fixtures for the young Malaysian.

 
   


 
GBF3: Round 3 - 2012 British Formula 3: First British F3 Win For Jazeman Jaafar In Pau
 
Young Malaysian driver, Jazeman Jaafar, was on the top step of the podium on Saturday in Pau, France, celebrating his first win in the British F3 International Series. A second place finish on Sunday backed up his brilliant victory and with these strong results he now lies second in the overall British F3 Drivers’ Championship.

 
   



 

results

MOTOGP10: 2010 FIM Road Racing World Championship Grand Prix - MotoGP - Championship Standing

MOTOGP10: Rd 2, Grand Prix of Spain - Race Results

MOTOGP10: Rd 1, Grand Prix of Qatar - Race Results